Haniff Khatri cabar Tommy debat secara langsung

246

7 JAN: Peguam terkemuka, Mohd Haniff Khatri Abdulla, ‘mencabar’ bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memberanikan diri untuk menjadi ahli panel program bual bicara ‘Antara Politik dan Undang-undang’ yang akan disiarkan secara secara maya, pada malam Selasa ini.

Mohd Haniff Khatri berkata, program yang terbitan bersirinya akan dikendalikan oleh dihoskan oleh pengacara Noor Zawazi Yusof dengan salah seorang panelis adalah beliau sendiri.

“Untuk Siri 13 yang akan disiarkan pada hari Selasa ini (9 Februari ini) jam 8.30 malam hingga 10.00.malam, di atas topik ” Tommy Thomas: My Story – Justice in the Wilderness”, pihak penerbit telah memajukan jemputan kepada Tan Sri Tommy Thomas untuk hadir sebagai panelis, dengan akujanji penerbit bahawa wawancara itu akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, jika beliau sudi hadir bersama.

“Malah, pihak penerbit juga telah membuat akujanji untuk meletakkan sebuah kerusi pada setiap masa semasa siaran langsung program wawancara itu, untuk membolehkan Tan Sri Tommy Thomas hadir pada bila-bila masa beliau sudi semasa tempoh siaran yang ditetapkan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, Haniff Khatri berkata adalah harapan kesemua pihak di Jom Channel supaya Tommy akan hadir meraikan program wawancara “Antara Politik & Undang-Undang” pada Selasa ini bagi untuk membolehkan topik itu diperbincangkan dengan ilmiah secara adil dan saksama bagi membantu fahaman penonton.

Buku tulisan Tommy itu telah mencetuskan kontroversi berikutan kandungannya yang bersifat berat sebelah dan berbaur fitnah terhadap banyak pihak.

Pada masa yang ama, Tommy turut mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.