Jangkitan COVID-19 di tempat kerja makin membimbangkan

32

6 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan 12 lagi kluster baharu, di mana 11 daripada kluster baharu itu melibatkan kluster tempat kerja, manakala satu lagi kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, menjadikan jumlah keseluruhan kluster COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 888 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyatan media berkata,, daripada jumlah keseluruhan kluster tersebut, sebanyak 447 kluster telah tamat termasuk lima kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30.

Katanya lagi, jumlah kluster yang masih aktif pula ialah sebanyak 441 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 93 kluster melaporkan pertambahan kes.

“Terdapat tiga kluster yang dikesan melaporkan pertambahan kes tertinggi iaitu Kluster Industri Serkam (257 kes), Kluster Industri Kampung Baru (167 kes), dan Kluster Mayang Pasir (102 kes),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut adalah senarai kluster baharu yang dikesan KKM hari ini :

  • Industri Kampung Baru (Selangor-Tempat Kerja)
  • Jalan Banting-Klang (Selangor-Tempat Kerja)
  • Gudang Salak Tinggi (Selangor-Tempat Kerja)
  • Jalan Kuala Selangor (Selangor-Tempat Kerja)
  • Lingkaran Cyber (Selangor-Tempat Kerja)
  • Jalan Tun Mutalib (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Istimewa Tujuh (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Bayu Satu (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Chester (Sabah-Tempat Kerja)
  • Tapak Bina Sungai Besi (WP Kuala Lumpur-Tempat Kerja)
  • Gong Nering (Terengganu-Tempat Kerja)
  • Jalan Kubur Darau (Terengganu-Kumpulan Berisiko Tinggi)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.