Hati-hati Penipuan Pelaburan libatkan Bursa Malaysia

92

6 FEB: Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati sebelum menyertai aktiviti pelaburan susulan semakin banyak kes menyalahgunakan nama dan logo korporat Bursa Malaysia untuk tujuan pemasaran oleh syarikat serta laman web yang tidak bertanggungjawab.

Bursa Malaysia Berhad (bursa) menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan kegiatan ini dibuat untuk memperoleh pulangan atau peluang pelaburan yang menarik.

Menurut Bursa Malaysia, penipuan ini sering dilakukan melalui surat yang kononnya dihantar oleh Bursa Malaysia atau anak syarikatnya dan e-mel dan pengeposan berkaitan pemasaran di pelbagai platform media sosial, yang membawa nama dan logo Bursa Malaysia.

Penerima diminta untuk klik pautan ke laman web palsu atau nombor telefon scam. Orang ramai diingatkan untuk melabur dengan pihak berlesen sahaja.

“Untuk senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan, sila kunjungi Bursa Academy di https://www.bursaacademy.bursamarketplace.com/en/sc-investor-alert.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, bursa turut mengesyorkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembayaran tanpa memastikan transaksi itu sah.

Selain itu, jangan berikan maklumat atau data peribadi kepada sesiapa yang tidak anda kenali dan tidak membalas emel atau mesej yang mencurigakan atau hubungi pengirimnya.

“Sebaliknya, orang ramai diminta tidak membuka pautan atau lampiran laman web yang mencurigakan yang berpotensi membahayakan komputer atau peranti mudah alih anda dengan virus.

“Bursa Malaysia tidak pernah melantik ejen pihak ketiga untuk mewakili badan pengawas selia itu.

“Sekiranya orang ramai menerima komunikasi yang tidak sepatutnya/ atau mencurigakan yang berkaitan dengan, atau mengaku sebagai ejen Bursa Malaysia, mereka diminta terus menghubungi talian 03 – 2732 0067 atau e-mel di [email protected] untuk mengesahkan kandungan komunikasi tersebut,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.