COVID-19 :Selangor catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

18

6 FEB : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

“Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62). Manakala Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99,”ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.