WHO sangsi dakwaan virus COVID-19 berpunca dari Wuhan

40

5 FEB :  Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merasa sangsi dengan dakwaan yang mengatakan Institut Virologi Wuhan (WIV) merupakan tempat bermulanya virus COVID-19 tersebar.

Ini memandangkan makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut, jelas pasukan pakar WHO.

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov berkata,   tahap keselamatan di kawasan itu menyakinkan dan mereka memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Berhubung mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan setakat ini tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu turut mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab, tegasnya.

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19  dan telah melawat  WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.