Hospital rawat COVID-19 terbakar, 4 mangsa terkorban

103

5 FEB: Kebakaran yang berlaku di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital yang merawat COVID-19 di Ukraine malam tadi menyebabkan seramai empat mangsa maut.

Memetik laporan AFP, kejadian itu berlaku di tingkat bawah bangunan hospital lima tingkat tersebut yang terletak di bandar Zaporizhzhya.

“Kebakaran itu mengorbankan empat orang, termasuk seorang petugas perubatan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Tiga daripada mangsa telah didiagnosis dengan COVID-19 dan diberikan bantuan alat pernafasan.

Dua lagi pesakit mengalami luka akibat kebakaran dan keracunan asap, sementara enam lagi berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun polis mengatakan mereka sudah menjalankan siasatan terhadap pelanggaran langkah keselamatan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan Menteri Kesihatan, Maksym Stepanov ke tempat kejadian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.