EU boikot sawit, Malaysia-Indonesia sepakat fail saman

192

5 FEB: Malaysia telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) berikutan diskriminasi yang dilancarkan terhadap produk sawit keluaran negara ini pada 15 Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu, hari ini.

Sebelum ini, tindakan serupa telah dilaksanakan oleh Indonesia di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Disember 2019.

“Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak Indonesia dalam isu diskriminasi minyak sawit terutama memperkasakan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC),” kata Muhyiddin.

Menurut beliau, Malaysia dan Indonesia berkongsi pandangan serupa bahawa kempen anti-minyak sawit oleh EU itu adalah tidak berasas.

Katanya, tindakan itu tidak tidak menggambarkan kelestarian industri sawit dunia serta bercanggah dengan komitmen EU kepada WTO mengenai amalan perdagangan bebas.

Perdana Menteri menambah, Malaysia dan Indonesia juga bimbang tentang kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan di Eropah, Australia dan Oceania.

Sementara itu, Presiden Jokowi turut berkongsi gambarnya bersama Muhyiddin yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahim, Kompleks Istana Presiden tengah hari tadi.

Beliau memberitahu, solat Jumaat di masjid tersebut dilakukan dengan protokol kesihatan yang ketat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.