Arab Saudi larang semua aktiviti hiburan

44

5 FEB: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan terhadap semua aktiviti hiburan di negara itu berikutan kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat.

Memetik laporan Agensi Berita Saudi, Kementerian Dalam Negeri berkata, antara aktiviti yang tidak dibenarkan adalah panggung wayang dan ruang permainan.

Larangan itu berkuat kuasa selama 10 hari dan mungkin dilanjutkan sekiranya situasi COVID-19 tidak reda.

Turut dilarang adalah acara keramaian seperti majlis perkahwinan di dalam dewan atau hotel selama 30 hari.

Selain itu, kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan larangan makan di restoran selama 10 hari.

Perintah larangan tersebut bermula pada jam 10 malam kelmarin.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah memberi amaran tentang sekatan baharu yang bakal dikuatkuasakan jika orang ramai tidak mematuhi peraturan kesihatan berkaitan COVID-19.

Setakat ini, sebanyak 369,000 kes COVID-19 dan kira-kira 6,400 kematian dilaporkan di Arab Saudi, menjadikannya antara yang tertinggi dalam kalangan negara Arab.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.