600 fasiliti dijadikan pusat vaksinasi seluruh negara

47

5 FEB: Sebanyak 600 fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital universiti dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijadikan pusat pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara.

KKM menerusi satu kenyataan berkata, tindakan itu perlu berikutan bekalan pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 26 Feb ini dari Puurs, Belgium.  

Katanya, ketibaan vaksin berkenaan, adalah titik bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal menjadi program vaksinasi terbesar di negara ini.

“Pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022. Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.

“Sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk imuniti kelompok atau herd immunity dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut, KKM penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 – individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

“Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai vaksin atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, emailkan kepada [email protected],” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.