UMMAH buat laporan polis terhadap Tommy Thomas esok

49

4 FEB : Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan membuat laporan polis serentak seluruh negara terhadap Tommy Thomas pada 5 Feb jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangi, Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, laporan polis tersebut terkait sebuah buku memoir bekas Peguam Negara itu yang telah terbitkan dan berada dipasaran bertajuk ” My Story : Justice in the Wilderness”.

“Diantara kandungan buku tersebut beliau mendakwa satu kenyataan yang membawa fitnah kepada YDPA tentang perkenan baginda mengenai perlantikkan Perdana Menteri Interim Tun Mahadhir yang sepatutnya beliau dakwa adalah Dato Seri Dr Wan Azizah.

“UMMAH berpandangan pendedahan diatas adalah sangat tidak wajar kerana ia diangap sebagai keputusan dan rahsia rasmi kerajaan.Sebagai mantan Peguam Negara sepatutnya beliau lebih maklum mengenai perkara tersebut.

“Dakwaan tersebut terkait dengan perkenan YDPA dan menjadi keputusan penting kerajaan bagi menangani keadaan yang tidak stabil pada waktu tersebut bila kerajaan PH jatuh kerana hilang sokongan akibat Bersatu dan kumpulan Azmin keluar daripada kerajaan PH.

“Apa tujuan sebenar Tommy Thomas mendedahkan perkara tersebut dalam bukunya ? Apa agenda fitnah yang cuba beliau gambarkan,” soalnya menerusi satu kenyataan melalui Facebook rasmi beliau.

Sehubungan itu, Mohd Zai berkata, UMMAH melihat ada sesuatu naratif buruk yang cuba digambarkan kepada rakyat Malaysia tentang perkara tersebut yang boleh mengundang keadaan yang boleh mengancam kestabilan dan keselamatan negara.

“UMMAH mendesak suatu siasatan segera dilakukan kepada tulisan buku tersebut dan tindakan yang tegas wajar diambil oleh pihak PDRM kepada fakta yang terlibat dengan sumpah kerahsian beliau sebagai mantan Peguam Negara. Rujuk akuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88),” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.