Suu Kyi diheret ke mahkamah, reman 2 minggu

98

4 FEB: Bekas Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah di negara itu atas tuduhan melakukan kesalahan di bawah undang-undang import dan eksport.

Mahkamah mengarahkan Pengerusi Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) itu direman selama dua minggu.

Memetik laporan AFP, rumah Suu Kyi, 75, turut digeledah selepas beliau ditahan tentera Myanmar kelmarin.

Tentera melakukan rampasan kuasa selepas mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum Myanmar hujung tahun lalu.

Sementara itu, para doktor dan petugas perubatan di hospital seluruh Myanmar mengumumkan mereka membantah rampasan kuasa tentera.

Mereka memakai reben merah sebagai simbolik protes dan enggan melakukan tugas bukan kecemasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.