Rancang pengeboman di Paris, diplomat Iran dipenjara 20 tahun

20

4 FEB : Assadollah Assadi, 49, seorang diplomat Iran dihukum penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Belgium hari ini berikutan merancang pengeboman yang digagalkan pada perhimpunan pembangkang di luar Paris pada 2018.

Assadi membekalkan bahan letupan untuk serangan yang dirancang dan dia ditangkap di Jerman pada Julai 2018, di mana dia dianggap tidak boleh menuntut kekebalan diplomatik.

Assadi dibicarakan di bandar pelabuhan Antwerp di Belgium bersama tiga tertuduh yang juga ditangkap selepas polis menggagalkan rancangan itu.

Tiga rakannya, yang memiliki dua kewarganegaraan Iran-Belgium, dijatuhi hukuman penjara masing-masing 15 dan 18 tahun dan dilucutkan kewarganegaraan Belgium.

Pasangan Belgium-Iran, Nasimeh Naami, 36, dan Amir Saadouni, 40, yang didakwa menerima setengah kilogram bahan letupan TATP dan peledak daripada Assadi dijatuhi hukuman penjara 18 dan 15 tahun.

Perhimpunan pada 30 Jun 2018 di Villepinte, dekat Paris, dihadiri termasuk pemimpin kanan Majlis Penentangan Nasional di Iran (NCRI) yang disingkirkan dan beberapa penyokong berprofil tinggi, antaranya peguam bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Rudy Giuliani.

Kejadian pada 2018 itu telah menimbulkan ketegangan antara kuasa Eropah dan Tehran, dan disokong NCRI untuk menekan kes mereka terhadap rejim Iran.

NCRI adalah sayap politik Mujahedeen-e-Khalq (MEK), yang dikenali Organisasi Mujahidin Rakyat Iran (PMOI).

MEK menyokong Ayatollah Ruhollah Khomeini dalam revolusi 1979 yang menggulingkan Shah Mohammad Reza Pahlavi, namun kerajaan itu digulingkan oleh pihak berkuasa baharu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.