6 kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti dikesan

48

4 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 10 kluster baharu COVID-19 di mana enam kluster dikesan di tempat kerja dan empat kluster lagi dikesan dalam komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan kluster baharu ialah sebanyak 861 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster yang tamat pula adalah sebanyak 440 kluster termasuk satu kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Desa Setapak.

“Jumlah kluster yang aktif adalah sebanyak 421 kluster di mana 90 kluster melaporkan pertambahan. Kluster yang melaporkan kes pertambahan tertinggi daripada 90 kluster itu ialah Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes), Kluster Industri Serkam (201 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (150 kes),” ujarnya.

Berikut adalah senarai kluster terbaharu yang dikesan hari ini:

  • Jalan Industri Rawang (Selangor-Tempat Kerja)
  • Jalan Gombak (Selangor,WP Kuala Lumpur-Tempat Kerja)
  • Jalan Jasmine (Selangor-Tempat Kerja)
  • Parit Penyengat (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Pengiran (Sarawak-Tempat Kerja)
  • Permata Satu (Negeri Sembilan-Tempat Kerja)
  • Kampung Lukut (Johor-Komuniti)
  • Jalan Jelutong (Johor-Komuniti)
  • Kampung Pulau Jawa (Pahang-Komuniti)
  • Rantau Tanjung (Pahang-Komuniti)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.