Skandal MARA Inc: Bekas Pengerusi dituduh 5 Feb

208

3 JAN: Bekas Pengerusi MARA Incorporated yang bergelar Datuk bakal berhadapan dengan 22 pertuduhan berkaitan skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc. di Dudley International House, Australia, apabila suspek didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur pada 5 Februari ini.

Menurut sumber, suspek bakal menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

Datuk berusia 65 tahun berkenaan juga dikatakan menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Inc.

Siasatan SPRM bermula setelah pendedahan dibuat oleh portal The Sydney Morning Herald yang melaporkan seorang individu rakyat Malaysia yang bermastaututin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Incorporated.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan Datuk terbabit tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.