1,000 restoran rugi besar sejak COVID-19 melanda

27

3 FEB: Kira-kira 1,000 restoran mengalami kerugian sejak pandemik COVID-19 melanda Jepun tahun lalu.

Memetik laporan Jiji Press, firma penyelidikan Tokyo Shoko Research Ltd melaporkan sebanyak 104 kes kebangkrapan pada Jun tahun lalu.

Walaupun jumlah perniagaan yang muflis mencatatkan pengurangan pada dua bulan berikutnya, bilangannya kekal melebihi 100 mulai September.

Masalah yang dihadapi pengusaha restoran itu seterusnya mengakibatkan 46 pemborong makanan dan minuman serta 31 pembuat makanan turut muflis.

Statitistik yang dikeluarkan Kementerian Buruh Jepun melaporkan lebih 10,000 pekerja dalam industri restoran dipecat atau kontrak mereka tidak diperbaharui.

Jumlah itu yang kedua tertinggi selepas industri pembuatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.