Satu kluster komuniti, enam kluster babitkan tempat kerja

60

2 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan tujuh lagi kluster baharu COVID-19 memabitkan enam negeri, di mana satu kluster membabitkan komuniti dan enam kluster membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam kluster tempat kerja itu ialah Kluster Jalan Ragum, Selangor; Kluster Bukit Rahman, Selangor dan Kluster Tapak Bina Jalan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“Empat lagi kluster tempat kerja baharu ialah Parit Jamil Darat , Johor; Taman Muhibbah, Pahang; Industri Serkam , Melaka dan satu kluster komuniti iaitu Kluster Semarak Bersia di Perak,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Selain itu, katanya, empat kluster diisytiharkan tamat selepas pemantauan selama 28 hari, iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas. dan jumlah kluster tamat setakat inin adalah 434 daripada keseluruhan 834 kluster.

Dalam pada itu, Noor Hisham ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. 

Tambahnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

“Elakkan kawasan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat di samping mengamalkan 3 W (Wash, Wear and Warn). Patuhlah kepada Standard Operasi Prosedur (SOP) sebagai normal baharu.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.