Pemfitnah belum tentu lepas di akhirat – Radzi

297

2 FEB: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menafikan fitnah yang tular dalam media sosial kononnya beliau susah bekerja tanpa gelaran Datuk.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan bahawa beliau tidak pernah berkata demikian.

“Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah bahkan juga profesor, umumnya dipanggil nama sahaja.

“Bantu hentikan fitnah ini. Kepada pemfitnah, sekiranya lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat kelak,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Mohd Radzi menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.