Kerajaan Pulau Pinang belanja RM5 juta ubahsuai pejabat

109

2 FEB: Jika bulan lalu heboh pasal kerajaan Pulau Pinang membeli mercedes untuk kegunaan Ketua Menteri, terbaru kerajaan negeri memperuntukan hampir RM5 juta pula bagi ubah suai pejabat Exco di Komtar.

Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, pejabat exco tidak diubah sejak 1986  dengan setiap satu daripadanya hanya 1,400 kaki persegi.

“Kos keseluruhan untuk mengubah suai pejabat exco di aras 52 dan 53, termasuk memindahkan pejabat berkenaan ke aras 31 buat sementara waktu, akan menelan belanja kira-kira RM4.95 juta.

“Tiada pengubahsuaian besar dilakukan sejak pejabat exco berkenaan beroperasi pada 1986. Projek yang diluluskan untuk melaksakan kerja-kerja pengubahsuaian melalui tender terbuka itu akan dilaksanakan dengan mematuhi prosedur sewajarnya.

“Projek itu juga akan memacu ekonomi dengan membantu pembida yang berjaya dalam pandemik ini,” kata Chow menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Chow juga mengumumkan bantuan kewangan RM20 juta sebagai tambahan kepada peruntukan RM155.5 juta yang diluluskan tahun lalu untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“RM50 juta lagi telah diperuntukkan bagi program iSejahtera negeri, untuk menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal, warga emas, golongan kurang upaya dan kanak-kanak,” ujarnya.

Bagaimanapun, di saat negara tengah bergelut dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan kegawatan ekonomi rakyat, kerajaan Pulau Pinang pula dilihat terus bermewah-mewahan dengan projek mengubahsuai pejabat Exco bernilai hampir RM 5 juta.

Selepas sebulan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta Mercedes kegunaan Ketua Menteri dengan harga hampir mencecah setengah juta, timbul persoalan, adakah ini masa yang sesuai untuk kerajaan negeri memperbesarkan bilik Exco dengan menelan belanja berjuta-juta ringgit wang rakyat?

Get real time updates directly on you device, subscribe now.