Kampus utama TAR UC, cawangan ditutup sementara

27

2 FEB : Kampus utama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di Kuala Lumpur serta kampus cawangannya di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah ditutup sementara sehingga 18 Feb ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak dilanjutkan.

TAR UC dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Pengurusan TAR UC juga akan terus memantau keadaan semasa dengan teliti dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi melindungi kesihatan dan keselamatan komuniti di institusi itu.

“Para pelajar TAR UC dinasihati agar mematuhi nasihat kesihatan mengenai COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kemas kini lanjut akan diumumkan menerusi laman sesawang TAR UC, Facebook dan Instagram dari semasa ke semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.