Tiada laman web kerajaan digodam setakat ini- Ismail Sabri

28

1 FEB : Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan, tidak ada sebarang sebarang siber terhadap lama web kerajaan ekoran ancaman kumpulan penggodam ‘Anonymous Malaysia’ baru-baru ini.

Menurut beliau, sistem pertahanan dan laman-laman web kerajaan berada dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini.

“Setakat ini tiada lagi insiden penggodaman mana-mana laman web kerajaan setakat ini dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” jelasnya.

Beliay berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak hari ini.

Pada 29 Jan lepas, polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap ‘Anonymous Malaysia’ yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber selepas ancaman serupa dibuat pada 2017.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.