Pasar Central Sibu ditutup sementara untuk proses sanitasi

63

1 FEB : Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh dalam satu kenyataan mengumumkan Pasar Sentral Sibu di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok.

Penutupan pasar tersebut dilakukan susulan salah seorang kakitangan Seksyen Kesihatan Awam dan Perkhidmatan, Majlis Perbandaran Sibu (MPS), yang bertugas di pasar itu disahkan positif COVID-19 hari ini.

Menurutnya, penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi di pasar itu selain kakitangan dan penjaja terlibat menjalani ujian saringan wabak berkenaan.

“Semua penjaja yang berniaga di Pasar Sentral Sibu juga mesti membuat ujian (saringan COVID-19) dengan kadar segera bagi mengelak penularan pandemik ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

“Kesemua kontak rapat dengan kakitangan tersebut dan mereka yang telah mempunyai gelaja COVID-19 diminta menjalani ujian calitan di klinik kesihatan kerajaan terdekat atau di pusat ujian saringan pandu lalu Kementerian Kesihatan di bangunan Pustaka Negeri Sarawak di sini,” jelasnya lagi.

Selain itu, MPS juga telah menutup pejabat Seksyen Kesihatan Awam dan Perkhidmatan di Wisma Sanyan di sini dengan serta-merta sehingga dimaklumkan kemudian, namun perkhidmatan kritikal kepada orang awam masih diteruskan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.