Individu dikompaun, direman langgar SOP PKP meningkat

31

1 FEB : Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan seramai 826 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu, seramai 776 individu dikompaun manakala 50 orang pula direman kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Ismail, antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248).

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Kawalan Sempadan Negara.

“Berhubung Op Benteng semalam, pasukan keselamatan berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lima buah kenderaan darat dan tiga buah bot,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejak 24 Julai tahun lalu sehingga semalam, seramai 114,306 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 77 hotel dan 13 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Sehingga kini, seramai 105,799 orang dibenarkan pulang manakala 477 lagi telah dibawa ke hospital,” jelasnya.

Berhubung saringan pekerja warga asing, Ismail berkata seramai 6,641 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 orang disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 265,770 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 10,973 majikan.

“Daripada jumlah ini seramai 4,867 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 260,903 lagi adalah negatif. Sehingga kini juga, sebanyak 890 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

“Bermula hari ini, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing- masing,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.