Tahi Bintang punca letupan kuat di Sabah

312

1 FEB : Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), mengesahkan bunyi letupan kuat di langit yang didengar di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan utara Sarawak, semalam dipercayai berpunca daripada meteor (tahi bintang) .

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” kata PABD.

PABD juga berkata pihaknya sudah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.

Semalam, media melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort, mendengar bunyi letupan berkenaan. Selain itu, ia didengari di Labuan dan Brunei.

Letupan kuat tersebut juga menyebabkan gegaran berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.