430 kluster tamat, 401 masih aktif

81

1 FEB:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 430 kluster daripada 831 kluster sudah ditamatkan, termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini, manakala 401 kluster lagi masih aktif dan dalam pemantauan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham, kluster yang tamat itu ialah, Kluster Tembok, Kluster GK Tawau, Kluster Sentosa Residensi, Kluster Menara Wang, dan Kluster Maringkan.

“Manakala kluster baharu yang dikesan KKM hari ini sebanyak 16 kluster di mana sembilan kluster baharu itu berkaitan tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster komuniti.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 73 kluster dengan peningkatan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Chulan (85 kes), dan Kluster Tembok Taiping (81 kes).

“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan dua (2) kluster komuniti,” jelasnya.

Katanya lagi, dua kluster tempat kerja dikesan di Selangor adalah Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon dan Kluster Industri Puchong; Kluster Persiaran Raya dan Lapangan Siber, pula di Perak; Kluster Parit Masjid di Johor; Kluster Tapak Binaan Jalan Puchong, Kuala Lumpur; Kluster Ladang Pin, Sabah; Kluster Bintang Daily, Sarawak dan Kluster Nilam 3, Negeri Sembilan.

“Kluster Jalan Empat dan Kluster Jalan Tan adan dua kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Kuala Lumpur, manakala satu lagi Kluster Sungai Purun, Selangor. Manakala, Kluster Kampung Samin dan Kluster Padas Damit adalah dua kluster jangkitan dalam komuniti dikesan di Sabah,” ujarnya.

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN LAGOON
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 880 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER INDUSTRI PUCHONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER SUNGAI PURUN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-215135) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAMPUNG PARIT MASJID
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Kampung Parit Masjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 1 Februari
2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PUCHONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Puchong, Lembah Pantai. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah
553 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN EMPAT
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217015) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat perubatan di Wangsa Maju, Titiwangsa. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN TAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Taman Tan Yew Lai, Lembah Pantai.
Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER LADANG SUNGAI PIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Sungai Pin, Kinabatangan. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 36 individu telah disaring,
di mana kesemuanya telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER KAMPUNG SAMIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sipitang, Kota Belud, dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke195932) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Samin,
Sipitang. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER PADAS DAMIT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beaufort di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-185120) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Shahbandar, Padas Damit,
Beaufort. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER PERSIARAN RAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203213) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kampung Acheh, Manjung. Nama kluster merujuk kepada lokalitikediaman kes indeks iaitu di Persiaran Venice Raya, Seri Manjung. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER LAPANGAN SIBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171806) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh. Nama kluster merujuk
kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Laluan Lapangan Siber, Ipoh, Kinta. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER BINTANG DAILY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-190131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti tempat kerja dan kediaman kes indeks iaitu di Taman
Bintang, Bintangor, Meradong. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER NILAM TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132931) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Jalan Nilam 3, Bandar Utama Nilai, Seremban. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 63 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.