Taufan Ana mengganas, 1 mangsa maut 5 hilang

105

31 JAN: Seorang mangsa maut dan lima lagi dilaporkan hilang di Fiji selepas negara kepulauan itu dlanda Taufan Ana hari ini.

Memetik laporan AFP, Pejabat Pengurusan Bencana Nasional (NDMO) Fiji menyatakan, mangsa yang maut adalah seorang lelaki berusia 49 tahun.

Mereka yang hilang pula terdiri daripada empat nelayan dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Kanak-kanak itu dikatakan mengikut datuknya memeriksa bot yang tersangkut di kawasan pokok bakau.

Taufan kategori dua dengan kelajuan angin 140 kilometer sejam itu melanda bersama hujan lebat.

Beberapa kampung di Fiji dilanda banjir, menyebabkan lebih 76,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.