Perhimpunan Agung UMNO mungkin secara maya

90

31 JULAI: Perhimpunan Agung UMNO 2020 akan berlangsung secara maya sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat masih diteruskan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kaedahnya akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi parti kemudian.

Menurut beliau, mesyuarat Pengurusan dan Majlis Tertinggi UMNO akan menetapkan tarikh Perhimpunan Agung.

ahmad maslan
AHMAD MASLAN

“Jika PKP dan Darurat masih ada, kami akan buat juga secara maya.

“UMNO akan terus mara untuk rakyat Malaysia walau sebesar mana pun cabaran. Perjuangan tetap kita teruskan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang pada mulanya dijadualkan berlangsung semalam dan hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKP.

Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, perhimpunan tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

Hanya ketua bahagian serta ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berada di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala perwakilan dari 191 bahagian mengikuti persidangan dari ibu negeri masing-masing. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.