Mangsa banjir Sarawak meningkat 133 orang

21

31 JAN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi ini berbanding 26 mangsa malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.

Selepas 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan semalam susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu di negeri tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.