Kluster lapor pertambahan kes terus meningkat

69

30 JAN : Kluster yang melaporkan pertambahan kes jangkitan COVID-19 terus meningkat hari ini iaitu sebanyak 97 kluster berbanding 89 kluster yang dilaporkan semalam.

KKM hari ini mengesan empat kluster yang melaporkan pertambahan kes tertinggi daripada 97 kluster tersebut yang melibatkan Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), dan Kluster Pasai (96 kes).

Bilangan kluster yang aktif dan berada di bawah pemantauan KKM hari ini adalah sebanyak 387 kluster manakala 420 kluster telah tamat termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador.

KKM juga mengesan sebanyak 16 lagi kluster baharu hari ini yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga kluster komuniti, menjadikan jumlah kumulatif kluster yang dikesan sepanjang pandemik ialah sebanyak 807 kluster.

Berikut adalah perincian kluster-kluster baharu tersebut :

  • Jalan Suasa (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Riang (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Lombong(Johor -Tempat Kerja)
  • Bintang Utama(Johor-Tempat Kerja)
  • Bayu Tampoi (Johor-Tempat Kerja)
  • Bukit Batu Grisek (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Trompet (Selangor-Tempat Kerja)
  • Kampung Hala(Selangor-Tempat Kerja)
  • Lingkaran Maluri (WP Kuala Lumpur-Tempat Kerja)
  • Desa Tun (WP Kuala Lumpur-Tempat Kerja)
  • Tanah Putih (Pahang-Tempat Kerja)
  • Jalan Ketengah (Pahang-Tempat Kerja)
  • Jalan Labuk (Sabah-Tempat Kerja)
  • Lasah (Perak-Komuniti)
  • Tersat (Terengganu-Komuniti)
  • Taman Amalina (Pahang-Komuniti)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.