78 pelatih PULAPOL positif COVID-19

82

30 JAN : Seramai 78 daripada 525 pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di Jalan Semarak, dikesan positif jangkitan COVID-19 setelah  menjalani ujian saringan.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din mengesahkan perkara terbabit dan memaklumkan kesemua pelatih tersebut sudah diarahkan kuarantin dan diasingkan untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, semua asrama berkaitan disanitasi untuk proses nyah kuman. Tiada pergerakan keluar dan masuk dibenarkan, kecuali untuk mendapatkan barang keperluan. Kementerian Kesihatan (KKM) turut memantau perkara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.