Kluster komuniti meningkat, tempat kerja kekal tertinggi

54

27 JAN: Setiap hari terdapat kluster komuniti yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) melalui saringan dan ujian yang dilakukan menjadikan jumlah kluster komuniti terus meningkat.

Manakala kluster tempat kerja pula, terus kekal sebagai kluster tertinggi diantara kluster-kluster yang dikesan KKM sepanjang pandemik yang melanda di negara ini.

Hari ini, KKM mengenal pasti 12 lagi kluster baharu Covid-19 di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit adalah Persiaran Subang, Selangor; Industri Indah, Selangor; Tapak Bina Jalan Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tapak Bina Jalan Vista, Kuala Lumpur. 

Menurut beliau, bagi kluster baharu lain pula adalah Jalan Sepanggar, Sabah; Tinanom, Sabah dan Tabong, Sarawak. 

“Dan selebihnya adalah di Johor iaitu Jalan Kota Burok, Jalan By Pass, Jalan Bistari Dua, Jalan Empayar dan Jalan Rusa Scientex. 

“Ia membabitkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster lagi melibatkan komuniti yang menjadikan kini jumlah kluster aktif sebanyak 375 kluster,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu 3,126 kes, di mana 932 kes daripada kluster-kluster itu termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Subang dan Kluster Industri Indah;

“1,627 kes di Selangor merupakan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 567 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes kedua tertinggi sebanyak 687 kes. 

“217 kes daripada kluster-kluster, termasuk 81 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Klang dan Kluster Tapak Bina Jalan Vista. 

“193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19, enam kes import dari luar negara dan 271 kes daripada lain-lain saringan COVID-19,” katanya. 

Selepas Kuala Lumpur, tambah Noor Hisham, ia diikuti oleh negeri Johor yang mencatatkan 684 kes hari ini di mana 284 kes daripada kluster-kluster, termasuk 84 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Jalan By Pass, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Jalan Empayar, dan Kluster Jalan Rusa Scientex;

“266 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 134 kes daripada lain-lain saringan COVID-19,” katanya. 

Dalam pada itu, Noor Hisham ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. 

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

“Elakkan kawasan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat di samping mengamalkan 3 W (Wash, Wear and Warn). Patuhlah kepada Standard Operasi Prosedur (SOP) sebagai normal baharu.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.