Kaunter khidmat pelanggan KWB ditutup hingga 12 Feb

26

29 JAN : Lembaga Air Kuching (KWB) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran ditutup berkuat kuasa serta-merta selama dua minggu mulai hari ini hingga 12 Feb, berikutan seorang daripada kakitangannya positif COVID-19.

Pengurus Besarnya, Rodziah Mohamad dalam kenyataan berkata, kali terakhir kakitangan itu masuk ke premis KWB adalah pada 25 Jan lepas.

“Kumpulan rakan sekerja yang dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan sebagai kontak rapat telah dikuarantin di rumah masing-masing sementara menunggu ujian calitan COVID-19.

KWB juga telah memulakan proses sanitasi di seluruh premis di Jalan Batu Lintang dan memberi jaminan bahawa mereka akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.