Harga mingguan petrol kekal, diesel turun

34

29 JAN: Harga runcit petrol tidak berubah manakala diesel turun 2 sen seliter mulai esok hingga 5 Februari ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM2.20 dan RM1.90 seliter.

“Harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.