Perhebat Program MY5 basmi kemiskinan bandar

33

28 JAN: Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperhebatkan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan sistem keselamatan sosial penduduk.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata program berkenaan meliputi aspek pekerjaan dinamakan sebagai [email protected], persekolahan ([email protected]), barangan keperluan asas ([email protected]), makanan ([email protected]) dan perubatan ([email protected]).

“Kita mulakan program ini (sekitar pertengahan) tahun lalu sebagai percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil jadi tahun ini kita akan menjalankan program dengan lebih meluas,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin terbitan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata [email protected] bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.

Annuar berkata, [email protected] yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah membabitkan hampir 10,000 murid.

Annuar berkata, kementerian juga mensasarkan memperluas program [email protected] yang menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

“Kita juga mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan [email protected] dalam memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan memerlukan,” katanya.

Annuar berkata, [email protected] yang menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.

Selain itu, beliau turut berkongsi berkenaan sumbangan beras menerusi program [email protected] yang akan dilaksanakan mulai 1 Februari sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Katanya, sebagai permulaan, sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.