Klinik pesakit luar Hospital Sarikei tutup tiga bulan

43

28 JAN : Klinik Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei, ditutup selama tiga bulan bermula 25 Jan, bagi memberi tumpuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), yang ditubuhkan di hospital itu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Sarikei Athirah Abdullah berkata, dalam satu kenyataan hari ini, PKRC tersebut diwujudkan bagi menempatkan dan memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 tahap satu dan dua.

“Tarikh operasi semula Klinik Perubatan Pesakit Luar itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Klinik Pakar Sakit Puan, Kanak-kanak, Orthopedic, Psikiatrik, Neuro, Pergigian, Mata, Farmasi dan Makmal, masih lagi beroperasi seperti biasa.

Orang awam yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 084-653333 sambungan 1080 atau WhatsApp ke talian 019-9279281, untuk keterangan lanjut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.