Kerjasama kerajaan-industri pulih pengangkutan udara

40

28 JAN: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan bekerjasama dengan industri pengangkutan udara untuk merangka pelan menghubungkan semula manusia, perniagaan dan ekonomi secara selamat apabila situasi COVID-19 reda dan membenarkan berbuat demikian.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata, usaha mempercepatkan penetapan piawaian global bagi vaksinasi dan pensijilan ujian adalah keutamaan bagi kerjasama penting ini.

Menurut beliau, situasi dlihat bertambah baik susulan pelaksanaan program vaksinasi namun usaha menjadikan visi berkenaan sebagai permulaan yang selamat dan teratur memerlukan perancangan dan penyelarasan teliti oleh kerajaan dan industri.

“Ini akan memberi cabaran, memandangkan keutamaan bagi minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang adalah mengekang penyebaran varian baharu.

“Namun, sekiranya krisis ini semakin buruk, penting untuk mempersiapkan cara bagi pengoperasian kembali penerbangan apabila keadaan mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan.

de Juniac menambah, pihaknya memahami penanda aras dasar kerajaan dan mengakui piawaian global yang diperlukan untuk menyokong keadaan kembali normal bagi perjalanan akan memastikan bahawa pengangkutan udara dipersiapkan dengan baik dan tidak menjadi vektor bagi pengimportan semula.

“Syarikat penerbangan bersedia menyokong kerajaan dalam melaksanakan usaha ini,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.