Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada penganut Hindu-PM

71

27 JAN : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada penganut agama Hindu di Malaysia yang akan menyambut perayaan itu esok.

Thaipusam menurut beliau,  merupakan salah satu daripada upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu diseluruh dunia dan dirayakan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

“Bagi penganut agama Hindu, hari Thaipusam merupakan peluang untuk mereka menunaikan nazar mengikut kepercayaan agama mereka.

“Pada kebiasaannya upacara ini disambut di Malaysia dengan perarakan penganut agama itu ke kuil-kuil Hindu membawa pedati arca Dewa Murugan, kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.

“Namun tahun ini, sambutannya terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau,

Perdana Menteri seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua penganut agama Hindu kerana mematuhi SOP dengan meneruskan upacara keagamaan ini mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum dan agama, sekaligus memastikan keharmonian dan kemakmuran Malaysia kekal selamanya,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.