China guna kaedah calitan dubur kesan jangkitan COVID-19

65

27 JAN : Pihak berkuasa China mula melaksanakan saringan COVID-19 menerusi kaedah calitan dubur kepada individu yang dijangkiti wabak tersebut.

Dr Li Tongzeng, seorang doktor kanan dari Hospital You’an berkata, pengesanan virus menggunakan kaedah itu terbukti lebih berkesan, berbanding calitan di saluran pernafasan.

“Kaedah itu ke atas penduduk kawasan yang disahkan terdapat kes positif virus terbabit di bandar raya ini pada minggu lalu, selain melaksanakan proses sama ke atas individu yang ditempatkan di pusat kuarantin,” ujarnya.

Kata Dr Li lagi, kadar pengesanan lebih tinggi kerana virus itu berada lebih lama di bahagian dubur, berbanding di saluran pernafasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.