15 kluster tempat kerja daripada 17 kluster baharu

55

27 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 17 lagi kluster baharu Covid-19 di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak dan Perak

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit adalah Parit Lanjut, Johor; Industri Grisek, Johor; Jalan Trus, Johor; Jalan Medini, Johor;Tengah Tiga, Johor dan Pengerang Utara, Johor. 

Menurut beliau, bagi kluster baharu lain pula adalah Tapak Bina Persiaran Tecoma, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Jalan Danau, Kuala Lumpur; Jalan Yahya, Kuala Lumpur; Jalan Pudu, Kuala Lumpur. 

“Selain itu, Kluster baharu turut melibatkan Jalan Mutiara, Selangor;Tapak Bina Tanjung, Selangor; Persiaran Perkilangan, Selangor; Jalan Sulaman,Sabah; Jalan Seri, Perak; Bendayan, Sarawak dan Jalan Pengkalan, Perak. 

“Ia membabitkan 15 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster lagi melibatkan komuniti yang menjadikan kini jumlah kluster aktif sebanyak 366 kluster,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. 

Tambahnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

“Elakkan kawasan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat di samping mengamalkan 3 W (Wash, Wear and Warn). Patuhlah kepada Standard Operasi Prosedur (SOP) sebagai normal baharu.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.