KSN kuarantin kendiri, sidang media batal

54

26 JAN: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga Ahad ini selepas menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif COVID-19 pada 22 Januari lalu.

Beliau yang mengesahkan perkara itu dalam laman sosial Facebook pagi ini, memaklumkan kuarantin kendiri itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Walau bagaimanapun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran Perkhidmatan Awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

“Sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan dan saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat,” katanya.

Mohd Zuki dijadualkan mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM dan BERNAMA TV, pada jam 2.30 petang ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.