32 kakitangan Hospital Melaka positif COVID-19

46

26 JAN : Biarpun 32 kakitangannya disahkan positif COVID-19, Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman.

Menurut Rahmad, 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif COVID-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.

“Sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55  daripadanya masih belum mendapat keputusan,”

“Bagaimanapun, Hospital Melaka masih pihaknya masih mempunyai kakitangan lain untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu,” jelasnya kepada pemberita hari ini.

Setakat ini,Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah  positif COVID-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.