UMNO, BN mesti fokus bela kepentingan rakyat

32

25 JAN: Semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) mesti memberi tumpuan terhadap usaha membela dan menjaga kepentingan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, mereka perlu mendekatkan diri dengan rakyat.

“Bila kita dekati rakyat. Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN memberitahu, para pemimpin dan ahli parti seharusnya bersepakat, menjaga perpaduan dan fokus terhadap usaha memperkukuhkan parti.

Shamsul Anuar menambah, kepentingan parti hendaklah diletakkan sebagai keutamaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, sesiapa sahaja boleh memberi pandangan yang berbeza kerana keterbukaan memang menjadi amalan parti.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, keterbukaan adalah tidak bermakna jika merosakkan parti.

“Oleh itu kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa saja hingga memberi kesan negatif pada parti,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.