Penentuan Muda boleh cabar keputusan RoS 4 Feb

52

25 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 4 Februari ini sebagai tarikh untuk memberi keputusan sama ada akan membenarkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan proses semakan kehakiman ke atas keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak membenarkan pendaftarannya.

Hakim Mariana Yahya menetapkan tarikh itu sewaktu perbicaraan hari ini, yang dijalankan menerusi Zoom, setelah mendengar hujah peguam-peguam Muda yang diketuai Tan Sri Tommy Thomas, serta Pejabat Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan RoS.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mengemukakan bantahan terhadap permohonan Muda itu dengan alasan bahawa parti itu telah menyelesaikan proses rayuan kepada Menteri Dalam Negeri sebelum membawa isu itu ke mahkamah.

Menurt beliau, Muda mempunyai 30 hari dari tarikh 6 Januari untuk mengemukakan rayuan mereka di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Muda, menerusi Syed Saddiq dan 12 pengasasnya, bercadang untuk mencabar keputusan RoS yang menolak untuk mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Syed Saddiq serta 12 individu bagi mencabar keputusan RoS yang menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan Muda sebagai sebuah parti politik.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali berkata bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Kami berhujah bahawa pemohon tidak merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin terlebih dahulu sebelum memfailkan semakan kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 dan Muda mempunyai tempoh 30 hari dari 6 Jan untuk mengemukakan rayuannya,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.