MBM kuatkuasa larangan meniaga penjaja tanpa lesen

21

25 JAN : Majlis Bandaraya Miri (MBM) hari ini menguatkuasakan larangan penjaja tidak berlesen menjaja di kawasan bandaraya Miri sebagai usaha memerangi penularan pandemik COVID-19.

Menurut Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, biarpun sebelum ini pihaknya bertoleransi dengan penjaja tidak berlesen khususnya yang datang dari kawasan pedalaman, namun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) larangan itu perlu dikuatkuasakan.

“Ini sebagai langkah menyokong usaha pihak berkuasa dalam mengawal pergerakan masyarakat antara bandar raya Miri, pinggir bandar dan kawasan luar bandar, selaras dengan peruntukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan di bandar raya Miri.

“Penjaja tidak berlesen ini termasuk dari kawasan luar bandar, bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa pemantauan dan ini akan meningkatkan risiko penularan COVID-19 di bandar raya Miri dan juga kampung mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan larangan itu kata Adam, penguat kuasa akan meronda di sekitar bandar raya bagi memastikan tidak ada penjaja tidak berlesen menjalankan aktiviti perniagaan di beberapa kawasan berpenduduk padat di sini dan tindakan ini diambil demi menjaga keselamatan semua pihak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.