Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia hampir cecah sejuta

21

25 JAN : Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia hampir mencecah angka satu juta di mana hari ini dalam tempoh 24 jam, negara republik tersebut mencatat 9,994 lagi kes baharu.

Setakat ini, kes positif keseluruhan di republik itu telah mencecah 999,256 kes, bagaimanapun angka pesakit yang sembuh daripada jangkita virus itu adalah sebanyak 809,488 kes.

Manakala kes keseluruhan kematian akibat virus itu kini 28132 orang dengan tambahan 297 lagi kematian dalam 24 jam sebagaimana menurut  data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 252,266 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 7,440 orang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.