10 kluster tamat, 84 kluster lapor pertambahan kes

37

25 JAN : Lapan lagi kluster tempat kerja daripada 13 kluster baharu hari ini dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah keseluruhan kluster terkini ialah sebanyak 746 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, kluster baharu tersebut melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan dua  kluster yang melibatkan kumpulan berisiko.

“Daripada jumlah keseluruhan kluster itu, sebanyak 395 kluster telah tamat termasuk 10 kluster yang ditamatkan hari ini.

“Kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Jalan Pandan, Kluster Lis Putih, Kluster Saga Tengah, Kluster Long Panji, Kluster Cahaya Mahsuri, Kluster Penjara Sandakan, Kluster Pekapuri, Kluster May Indah, Kluster Bakti, dan Kluster Tapak Bina Jalan Seng.

“Setakat ini, sebanyak 351 kluster masih lagi aktif dan berada di bawah pemantauan KKM dan dan kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu hari ini ialah sebanyak 84 kluster di mana tiga kluster melaporkan kes tertinggi iaitu Kluster Jalan Seroja (81 kes), Kluster Pasai (56 kes), dan Kluster Beringin (48 kes),” jelasnya menerusi satu kenyataan harian COVID-19 hari ini.

Berikut adalah senarai kluster-kluster baharu yang dikesan KKM pada hari ini :

  • Sri Muda (Selangor-Tempat kerja)
  • Sungai Chemubong (Selangor -Tempat kerja)
  • Jalan Waja (Selangor-Tempat kerja)
  • Jalan Indah (Johor-Tempat kerja)
  • Jalan Firma Tiga (Johor-Tempat kerja)
  • Industri Apas (Sabah-Tempat kerja)
  • Jalan Kerinchi (WP Kuala Lumpur-Tempat kerja)
  • Kampung Tualang (Terengganu-Tempat kerja)
  • Kampung Muhibbah (Johor-Komuniti)
  • Taman Bahagia (Pahang-Komuniti)
  • Kampung Bukit Lada (Pahang-Komuniti)
  • Bukit Palah Melaka (Kumpulan-berisiko)
  • Kampung Pahi (Kelantan-Kumpulan berisiko)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.