Rakyat Malaysia tak bantah Proklamasi Darurat

212

24 JAN: Rakyat Malaysia menyambut baik dan tidak membantah Proklamasi Darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari lalu

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh berkata, PAS bersyukur dengan maklum balas positif daripada rakyat selepas pelaksanaan proklamasi darurat yang telah diisytiharkan, baru-baru ini.

Beliau berkata, rakyat ternyata tenang dengan keputusan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana yakin baginda sangat mengutamakan kesejahteraan dan kesenangan hidup rakyat.

NURIDAH MOHD SALLEH
NURIDAH MOHD SALLEH

“Keadaan ini dapat dilihat apabila bantahan dari rakyat jelata tidak kelihatan di mana-mana media sosial mahupun bantahan di jalanan.

“Malah, daripada undian yang diperolehi daripada telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga 84 peratus menyokong pelaksanaan Proklamasi Darurat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata rakyat ternyata mahu bekerjasama dalam usaha melandaikan graf COVID-19 yang menaik sejak awal Januari lalu.

Beliau berkata, pengumuman kerajaan berkenaan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) juga berjaya menambat hati rakyat agar terus tenang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan seluruh Malaysia kecuali Sarawak.

Tambahnya, ternyata biarpun diberi kuasa yang besar, kerajaan tidaklah menggunakannya untuk menindas rakyat.

“Semoga kita semua sama berusaha mengatasi bencana COVID-19 yang melanda negara ini sebagai sebuah pasukan. Apa yang perlu kita melakukan tugas yang diberikan kepada kita sebaiknya demi kebaikan bersama tanpa mementingkan diri,” katanya yang menegaskan bahawa sifat mementingkan diri dan kelompok sendiri boleh menggagalkan usaha tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.