Pergerakan arca Dewa Murugan dibenar dengan syarat

69

24 JAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan pada sambutan Hari Thaipusam, 28 Januari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter.

Menurut beliau, pergerakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Januari dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Januari.

Walau bagaimanapun, pergerakan itu perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL).

“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.