Penunggang motosikal maut akibat terlanggar babi

63

24 JAN: Gara-gara motosikal terlanggar seekor babi, seorang pekerja restoran makanan segera maut dalam kejadian di Kilometer 59, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tapah, Perak, tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam.

babi
Babi yang dipercayai menjadi punca kemalangan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bidor dari tempat kerja di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor binatang dipercayai babi sehingga terbabas dan cedera parah, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pagi tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.