Madinah diiktiraf WHO bandar paling sihat di dunia

144

24 JAN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf kota suci Madinah sebagai bandar paling sihat di dunia.

Pasukan WHO yang mengunjungi bandar itu memberitahu, Madinah memenuhi semua piawaian global yang ditetapkan untuk diiktiraf sebagai bandar sihat.

Madinah yang dihuni lebih dua juta penduduk merupakan antara bandar pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.

Pentauliahan WHO itu turut dibantu oleh 22 agensi kerajaan, komuniti serta badan amal dan sukarelawan.

WHO mentakrifkan bandar sihat sebagai ‘kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluaskan sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.