Kakitangan positif COVID-19, Ibu Pejabat KWSP tutup

116

24 JAN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunternya di Ibu Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mulai esok berikutan salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu ia adalah selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

“Operasi akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak. Kakitangan berkenaan sedang menjalani rawatan dan pada masa yang sama KKM sedang melakukan pengesanan kontak.

“Semua kakitangan KWSP cawangan itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 dan sekiranya positif akan dikuarantinkan selama 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menasihatkan pencarum supaya melaksanakan transaksi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.

Dalam pada itu, pejabat KWSP Sibu yang ditutup sejak 13 Januari lalu akan dibuka semula mulai esok.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.